(a) Pengembangan dan Pengecutan Pepejal
1.
|
Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabiladisejukkan. Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidak melibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar.
-Bola besi tidak dapat melepasi gelang logam apabila bola besi dipanaskan.
| |
2.
|
Contoh pengembangan pepejal:
Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang.
| |
3.
|
Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal
| |
i.
|
Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian penyambungannya bertujuan untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila mengembang pada hari panas.
| |
ii.
|
Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang dan putus pada waktu malam yang lebih sejuk.
| |
-
(b) Pengembangan dan Pengecutan Cecair
1.
|
Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
|
2.
|
Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih banyak daripada pepejal.
-Aras air berwarna dalam tiub kaca menaik kerana cecair
mengembang apabila dipanaskan
|
3.
|
Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair
|
Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometer membolehkan kita menyukat suhu sesuatu bahan.
|
(c) Pengembangan dan Pengecutan Gas
1.
|
Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.
|
2.
|
Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah paling banyakberbanding pepejal dan cecair.
-belon mengembang dan saiznya bertambah
-udara di dalam belon dipanaskan lalu mengembang
|
3.
|
Aplikasi pengembangan gas
|
Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripada penapaian yis (ragi) mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Ini akan menaikkan adunan roti.
|




No comments:
Post a Comment